Tuesday 3 December 2013

isu berkaitan teknologi dan inovasi

              Teknologi dan Pendidikan ternyata memainkan peranan utama dalam memajukan sistem pendidikan di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat juga pelbagai isu dan kekangan yang timbul berhubung dengan penggunaan internet dalam kalangan pelajar dan pengajar( guru atau pensyarah untutk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya:


i)Kepakaran pengajar yang terhad
Kebanyakan guru / pensyarah yang senior tidak mempunyai minat dan keinginan untuk mengaplikasikan teknologi dan memilih kaedah pengajaran secara tradisional. Namun, terdapat juga pengajar yang terlatih tetapi bilangannya terhad. Oleh itu, berlakunya kekangan sekiranya pengetahuan dan pengalaman pengajar terhad terhadap penggunaan internet.


ii)Kekurangan khidmat sokongan 
Membekalkan dan menyelenggara peralatan computer di sekolah memerlukan kos yang tinggi. Namun, kekurangan kakitangan sokongan yang boleh melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan computer menyebabkan banyak computer yang mengalami kerosakan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaik pulih. Selain dari itu, kerja-kerja membaik pulih komputer ini dibebankan kepada guru yang mempunyai kemahiran tentang komputer. Bagi mengatasi masalah ini, setiap sekolah perlu diwujudkan unit sokongan teknikal bagi komputer yang khusus bukan sahaja dalam pemasangan komputer malah dalam kerja baik pulih dan penyelenggaran komputer.


iii)Masalah isi kandungan dalam internet
Maklumat yang banyak di internet yang tidak ditapis akan mendatangkan bahaya dan kemudaratan khususnya kepada pelajar yang menjadi antara golongan pelayar internet teramai di Malaysia. Terdapat banyak maklumat yang tidak sesuai seperti maklumat seks, keganasan, hasutan, khabar angin, diskriminasi dadah, promosi keganasan dan penderaan, perjudian dan sebagainya. Laman web yang bersesuaian untuk proses pengajaran sukar dicapai. Ini menjadikan ibu bapa dan pengajar bimbang terhadap laman web lucah, keganasan dan hiburan yang berbentuk fitnah.


iv)Masalah maklumat yang tidak tepat
Keistimewaan internet ialah tiada seorang pun yang memilikinya dan mengawalnya, Semua orang mempunyai hak untuk menyampaikan dan menyiarkan sebarang maklumat di internet. Maklumat ini boleh mendatangkan keraguan sekiranya para remaja terutamanya golongan pelajar tidak dapat membezakan maklumat yang betul dan maklumat yang salah. Ini akan menjejaskan matlamat pengajaran dan pembelajaran melalui internet. Oleh yang demikian, pengajar perlu berupaya untuk membezakan ketepatannya supaya dapat membimbing pelajar mendapatkan maklumat yang tepat dan betul.


v)Masalah mencari maklumat
Mempunyai akses ke internet tidak menjamin maklumat ada dapat digunakan untuk pembelajaran yang bermakna. Keadaan ini berlaku kerana guru menghadapi masalah untuk membuat pilihan ketika mencari maklumat disebabkan gambaran di hadapan mereka bercampur aduk serta maklumatnya bercelaru. Keadaan ini akan member kesan kepada pemilihan. Oleh itu, pengajar haruslah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan enjin carian maklumat yang dikehendaki daripada internet.




2.Beri 5 saranan/ cadangan/ langkah-langkah.
3.Setiap individu perlu komen dalam setiap blog yang dihasilkan rakan-rakan tutorial.
4.Gunakan bahasa formal dalam setiap komen dengan disertakan nama dan no matrik diakhir komen (5 komen)

5.Link kan dengan tugasan lain iaitu youtube, foto tekno, foto model & video klip kumpulan. http://atinhana.blogspot.com/

VIDEO KUMPULAN: AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG"

Video Berkumpulan - Aku yang dulu bukanlah yang sekarang